17 Januari 2012

Selamat datang Gary Cahill

Pertahanan England, Gary Cahill akhirnya menyertai Chelsea dari Bolton Wanderers semalam selepas rundingan selama beberapa hari.“Chelsea sebuah kelab besar, ia adalah kelab yang memburu trofi kejuaraan saban musim dan ia satu peluang besar buat saya untuk menjadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada laman web Chelsea (www.chelseafc.com) selepas mengikat perjanjian yang dilaporkan media Britain kira-kira 7 juta (RM33.7 juta).


“Peluang seperti ini tidak boleh anda ketepikan.” Pemain berusia 26 tahun itu, yang sudah tampil tujuh kali buat pasukan kebangsaan England, sekali lagi digandingkan dengan kapten England, John Terry dan bersedia untuk menggantikan Alex.

Laporan media menyebut pertahanan Brazil itu, yang meminta berpindah kelab kerana kurang tampil dalam pasukan utama, mungkin akan menyertai satu lagi kelab London, Queens Park Rangers.

Cahill menyertai Bolton dari Aston Villa pada 2008 dengan kariernya dilihat merudum namun dia bangkit untuk muncul sebagai antara pertahanan hebat walaupun pasukan kendalian Owen Coyle itu bergelut sepanjang musim.[sumber]
 
 

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...