Chelsea mempunyai alasan untuk mengelak kunjungan ke pasukan jiran,  Queens Park Rangers apabila mesekali lagi bertandang ke Loftus Road bagi  perlawanan pusingan keempat Piala FA hari ini.Kekalahan 1-0 pada 23 Oktober lalu dirasai oleh Chelsea, yang  merencatkan peluang mereka untuk berada pada kedudukan yang baik untuk  kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain perlu menamatkan permainan  dengan sembilan pemain selepas Didier Drogba dan Jose Bosingwa dibuang  padang.
 Tarikan utama dalam perlawanan tersebut semestinya ketua pasukan,  John Terry yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada  Anton Ferdinand semasa perlawanan.
 Terry bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, yang membawa kepada  siasatan polis. Kes itu akan didengar di Mahkamah Majistret London Barat  minggu hadapan.
 Terry dan Ferdinand dijangka berada dalam kesebelasan utama hari  ini, dengan kawalan keselamatan tambahan telah disediakan oleh QPR.
Ferdinand pula masih memikirkan sama ada mahu bersalaman dengan Terry sebelum perlawanan nanti.Pengerusi Chelsea, Bruce Buck dan pemilik QPR, Tony Fernandes  mengambil langkah ke hadapan apabila membuat kenyataan bersama dengan  meminta semua penyokong tidak melakukan apa-apa ejekan berbaur  perkauman.
  “Diskriminasi tiada tempat dalam bola sepak atau masyarakat.  Kedua-dua kelab gembira dengan sokongan yang diberikan. Kami mahu  mengingatkan penyokong bahawa sikap menunjukkan kebencian antara satu  sama lain, bukan itu yang kami mahukan,” kata mereka.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan