Pengurus Paris St. Germain (PSG), Carlo Ancelotti mendakwa beliau  telah diberi kebenaran untuk menandatangani penyerang Chelsea, Fernando  Torres.Ancelotti menjadi pengurus Chelsea ketika penyerang Sepanyol itu menyertai skuad The Blues dengan yuran perpindahan berjumlah £50 juta (RM240 juta) dari Liverpool pada tahun lalu. 
Selepas dipecat pada musim panas lalu, Ancelotti kembali ke dunia  kejurulatihan dengan mengemudi kelab mewah Perancis tersebut bulan lalu.
Qatar Investment Authority yang membeli PSG pada Mei lalu berhasrat  untuk menjadikannya sebagai kelab gergasi di Eropah selepas berjaya  mendapatkan khidmat Javier Pastore yang bernilai £40 juta (RM192 juta)  pada Ogos lalu.
Ancelotti diberikan dana untuk mencari penyerang baharu PSG dan beliau telah mengemukakan tawaran kepada Torres.
"Saya menerima beratus-ratus panggilan dari agen yang menawarkan  pemain baharu kepada saya sejak dilantik menjadi pengurus PSG. Mereka  telah menawarkan pemain-pemain yang cukup hebat," ujarnya.
"Mereka (pemain) mahu beraksi di sini di mana Perancis dilihat  sebagai kota mewah dan memiliki saingan dalam bola sepak yang baik.
"Kamu mahu tahu siapa? Baik, berikut adalah pemain yang ditawarkan  rasmi atau secara tidak rasmi: (Carlos) Tevez, (Fernando) Torres,  (Dimitar) Berbatov, (Roman) Pavlyuchenko, (Edison) Cavani dan (Fernando)  Llorente," ujarnya.
Ancelotti juga berkata, beliau telah membuat kesilapan dengan  menandatangani Torres tahun lepas tetapi tidak menjual Didier Drogba  bagi memberi ruang kepada pemain Sepanyol beraksi dalam skuad The Blues.
"Jika anda membuat keputusan untuk membeli Torres, anda perlu menjual  Drogba. Dia seperti (Filippo) Inzaghi, dia cenderung untuk bersaing  dengan pemain-pemain lain. Dia tidak teruk tetapi ini berkaitan dengan  peribadinya," kata Ancelotti.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan