19 Januari 2012

3 beradik kembar sertai Chelsea

Chelsea melengkapkan perjanjian unik apabila mengikat tiga adik-beradik dari akademi bola sepak Luton Town.Pasangan kembar Rio dan Cole Dasilva, 12, serta abang mereka, Jay, 13, menyertai juara Liga Perdana 2009-2010 itu dalam satu perjanjian berasingan yang dilapor bernilai lima angka.

“Saya enggan mengulas mengenai mereka secara kolektif kerana ketiga-tiganya mempunyai keunikan tersendiri dan perpindahan serentak tiga adik-beradik ini satu sejarah.

“Jay mempunyai bakat istimewa, pelajar hebat di padang yang dibekalkan keupayaan teknikal.

“Cole mempunyai keupayaan fizikal yang mantap dan mudah mendominasi sementara Rio pemain yang licik dan bijak meloloskan diri dari kawasan sukar,” kata ketua bahagian remaja Luton, Gregg Broughton.

Luton yang beraksi di divisyen kelima bola sepak Inggeris berkata, keseluruhan pakej disumbang tiga beradik itu menjangkau nilai AS$1.54 juta (RM4.8 juta) sekiranya mereka beraksi dalam skuad utama Chelsea.[sumber]
ArulchelseA:Bakal bintang kembar chelsea

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...