Pemain pertahanan tengah England, Gary Cahill  berkata kelmarin, dia tidak sabar untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara  bersama kelab barunya, Chelsea.Pemain berusia 26 tahun yang menyertai The Blues dari Bolton  dengan yuran perpindahan bernilai 7 juta pound (RM33.5 juta), Isnin  lalu, memberitahu Chelsea TV, ia merupakan satu peluang terbaik untuknya  beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
 "Ia merupakan alasan utama mengapa anda mahu berpindah. Anda mahu  bermain di peringkat tertinggi dan Liga Juara-Juara adalah saingan di  tahap tertinggi.
"Saya pernah beraksi di Eropah sewaktu saya baru berpindah ke Bolton,  bermain menentang (Atletico) Madrid, Sporting Lisbon, kelab-kelab  seperti itu.
"Ia merupakan pengalaman baru buat saya dan saya tidak sabar untuk  menguji kebolehan saya beraksi dengan pemain-pemain terbaik di dunia,"  kata Cahill.[Sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan