Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) yakin skuad bimbingannya  mampu menamatkan cabaran musim ini sebagai kelab London terbaik.Juara Liga Perdana England 2010 itu kini ketinggalan 11 mata di  belakang pendahulu, Manchester City dan akan berhadapan dengan  Sunderland di Stamford Bridge malam ini.Chelsea juga ketinggalan lapan mata di belakang jiran London dan  pencabar terdekatnya, Tottenham Hotspurs yang berada di tangga ketiga  liga.
Namun, Villa Boas ada pandangan tersendiri kerana beliau percaya kehebatan sebenar bakal menjadi milik anak-anak buahnya.
"Mereka (Tottenham) telah mengatasi Chelsea pada musim ini tetapi  kami memilik sejarah hebat yang tersendiri sepanjang 10 tahun lalu.
"Selalunya pencapaian tahap permainan bola sepak yang baik akan  dinilai pada pendahulu. Apabila anda di bawah teka- nan, anda mungkin  tidak dapat melakukannya dengan baik dan kualiti permainan akan jatuh."Ia juga akan menjadi punca kepada kehilangan mata," kata Villas-Boas merujuk kepada nasib Spurs. 
Bagaimanapun Villas-Boas berkata, kemenangan 2-0 Tottenham ke atas  Everton untuk merapatkan jurang mata dengan City memang sudah dijangka. 
"Tidak banyak yang berubah sebenarnya kerana kami telah menjangkakan kemenangan Tottenham pada malam itu."Manchester City tewas tiga daripada empat dan Manchester United  sedang mencari jalan untuk terus konsisten. Lapan mata merupakan jarak  yang anda boleh pendekkan," jelas pengurus kelahi- ran Portugal itu.
Bekas jurulatih Porto itu juga berharap kemasukan pemain pertahanan  England, Gary Cahill yang bernilai £7 juta (RM28.2 juta) dapat  memperbaiki kedudukan kelabnya dalam masa terdekat.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan