Chelsea dijangka menyelesaikan butiran terakhir untuk mengikat pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill.Meskipun mencapai persetujuan harga perpindahan dengan Bolton bulan  lalu, Chelsea belummemuktamadkan terma peribadi untuk membawa masuk  pemain antarabangsa England itu ke Stamford Bridge.Pengurus  Blues, Andre Villas-Boas baru-baru ini mendedahkan jurang antara  kedua-dua pasukan itu amat jauh hingga membawa spekulasi Cahill  mempertimbangkan semula peluangnya untuk berpindah.
Malah, juara Liga Perdana, Manchester United turut dilapor sedia  mencelah sementara Tottenham Hotspur sudah lama berminat untuk  mendapatkan khidmat Cahill.
Bagaimanapun, Cahill yang kontraknya tamat hujung musim ini, kini sedia memuktamadkan keputusan untuk berpindah dari Stadium Reebok.
Kehadirannya di Chelsea dijangka meningkatkan pilihan buat Villas-Boas di bahagian pertahanan selepas pemain antarabangsa Brazil, Alex memohon berpindah kelab Disember lalu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan