12 Januari 2012

Tawaran lumayan menanti Drogba

Didier Drogba diberi tawaran lumayan untuk bersatu dengan bekas rakan sepasukan, Nicolas Anelka di Shanghai Shenhua.Kelab China itu mempunyai perancangan untuk menawarkan pakej kontrak selama dua tahun setengah yang menakjubkan, merangkumi gaji pokok, hak imej, bonus gol dan lain-lain insentif yang meletakkan penyerang Ivory Coast itu sebagai pemain bergaji paling lumayan di dunia.

Drogba, 33, mungkin meraih pendapatan lebih 300,000 pound (RM1.46 juta) seminggu dan Shenhua dikatakan cuba memujuknya menandatangani persetujuan prakontrak.

Kontraknya di Stamford Bridge akan tamat selepas penghujung musim ini dan dia bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab bukan Inggeris.

Drogba yang kini bersama skuad kebangsaan negaranya untuk menghadapi Piala Negara-Negara Afrika, sedia meninggalkan Chelsea untuk mencari cabaran baru.

Perkembangan itu menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah lain termasuk Anzhi Makhachkala serta segelintir pasukan Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat untuk merebut khidmatnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...