Kapten Chelsea, John Terry akan menjadi tumpuan utama di Norwich  City malam ini sekalipun jika pemain baru, Gary Cahill melakukan  penampilan sulung bersamanya di barisan pertahanan.Aksi di Carrow Road adalah yang terakhir sebelum Chelsea menentang  Queens Park Rangers pada pusingan keempat Piala FA, perlawanan yang  bakal menjadi ulangan aksi Liga Perdana yang menyaksikan Terry didakwa  bersikap perkauman terhadap Anton Ferdinand.
Kes di mahkamah dijadual bermula empat hari selepas perlawanan itu dan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas terperangkap dalam memilih kesebelasan utama awal minggu ini.
“Saya tidak mempunyai masalah memilih John - tidak sesekali,” kata  Villas-Boas. “Dia perlu bersaing dengan tiga pemain lain namun kami  akan membuat keputusan yang tepat.”
Perpindahan pemain Bolton  Wanderers, Cahill bernilai 7 juta (RM33.5 juta) berjaya dilengkapkan  tepat pada masanya bagi perlawanan menentang Norwich namun Villas-Boas  tidak berjanji pemain itu akan menggantikan David Luiz yang tidak  konsisten musim ini.
Villas-Boas berasakan pertahanan tengah itu mungkin memerlukan lebih banyak masa menyesuaikan diri ketika pemain antarabangsa Serbia, Branislav Ivanovic kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan hamstring.
Pasukan di tempat keempat, Chelsea turun beraksi di Norwich dengan ketinggalan 11 mata berbanding pendahulu liga, Manchester City walaupun mencatat tiga kemenangan berturut-turut iaitu dua dalam Liga Perdana apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers diikuti Sunderland.
City menentang pasukan di tempat ketiga, Tottenham di laman  sendiri esok manakala pasukan di tempat kedua, Manchester United  berkunjung ke Arsenal yang kini menghuni tangga kelima.
Peluang kini terbuka untuk Chelsea membaiki kedudukan namun Villas-Boas terlalu memikirkan tumpuan kepada aksi tumpuan hujung minggu ini.
“Kami perlu mencari konsisten dalam persembahan,” katanya. “Adalah  lebih baik kami menewaskan Norwich namun saya tidak peduli apa yang  berlaku pada perlawanan lain hujung minggu ini, paling utama kami  melakukan tugas sendiri.”[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan