13 Januari 2012

Ramires mampu ubah nasib malang Chelsea

Chelsea mampu bangkit mencari rentak kemenangan dengan mengharapkan pemain tengah Brazil, Ramires melakukan sesuatu bagi mengubah nasib mereka dalam bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.Daniel Sturridge, 22, merupakan penjaring terbanyak kelab Liga Perdana Inggeris dengan sembilan gol, berjaya beraksi bersama skuad England sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 ke atas Sweden dalam perlawanan persahabatan di Wembley November lalu.
Bagaimanapun, penyerang yang mengalami kecederaan itu tidak mampu untuk beraksi pada posisi kanan ketika Chelsea menggunakan sistem 4-3-3 dalam dua perlawanan terakhir dan pengurusnya, Andres Villas-Boas meletakkan Ramires pada bahagian depan.

Ramires beraksi 90 minit pada posisi baru ketika menentang Wolverhampton Wanderers 2 Januari dan menjaringkan gol pembukaan buat kelab London sebelum mencatatkan kemenangan 2-1.

Ketika Chelsea sedang bekerja keras pada separuh masa kedua dalam saingan Piala FA pusingan ketiga Ahad lalu menentang pasukan divisyen dua Portsmouth,

Ramires sekali lagi diletakkan pada bahagian depan pada lewat permainan dan kebetulan mereka berjaya memecah kebuntuan selepas dia menjaringkan dua gol, ketika Chelsea menang 4-0.

Sturridge tetap merupakan pemain yang mempunyai penyudah paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan kedua-dua pemain tersebut tetapi Ramires bertenaga ketika berada pada depan.

Chelsea juga mempunyai masalah pada bahagian pertahanan kanan musim ini, tetapi pemain Brazil itu bersedia untuk memikul tanggungjawab beraksi pada posisi tersebut.

"Saya telah bekerja keras menajamkan penyudah ketika berlatih tetapi saya juga berusaha memperkemaskan corak bertahan.

"Saya telah menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan musim ini di mana ia adalah prestasi yang bagus."Namun saya mahu lebih daripada itu mungkin 15 gol atau lebih, perkara ini sangat penting bukan untuk saya tetapi seluruh pasukan," kata Ramires dalam laman web kelab tersebut.

Chelsea, yang memenangi kejuaraan berganda liga dan Piala FA pada 2009-10, bergelut untuk mempamerkan aksi konsisten.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...