10 Januari 2012

Piala FA bantu pulih Chelsea

Roberto di Matteo percaya keputusan baik dilakar dalam kempen Piala FA Inggeris boleh membantu Chelsea memperbaiki prestasi musim ini.Skuad Blues mara ke pusingan keempat dan akan bertemu sama ada QPR atau MK Dons selepas menewaskan Portsmouth, 4-0 di Stamford Bridge, kelmarin.

Keputusan itu bermakna skuad kendalian Andre Villas-Boas memulakan saingan tahun baru dengan kemenangan berturut-turut selepas menutup kalendar 2011 dengan aksi hambar hingga pengurus itu mengaku peluang merebut gelaran Liga Perdana musim ini terjejas.

Kemenangan ke atas Portsmouth yang ditewaskan Chelsea pada final Piala FA 2010 di Wembley membolehkan Blues kembali di landasan terbaik di Stamford Bridge selepas kalah 1-3 pada perlawanan terakhir di tempat sendiri di tangan Aston Villa.

Juan Mata (gambar) membuka tirai jaringan menentang Pompey pada awal babak kedua namun kedudukan hanya berubah pada lima minit terakhir menerusi dua gol Ramires dan pemain tengah Frank Lampard yang memastikan kemenangan selesa Chelsea.

Penolong Villas-Boas, Di Matteo yang pernah menjuarai Piala FA sebagai pemain Chelsea pada 1997 dan 2000 berkata: “Piala FA adalah trofi yang mahu kami menangi dan keputusan baik yang dicapai dalam Piala FA akan memberikan perangsang kepada pemain.” Bekas pemain tengah Itali itu memuji persembahan Ramires terutama ketika pemain Brazil itu menyumbat gol kedua.

“Saya amat gembira dengan cara dia menjaringkan gol. Dia pemain hebat kami, sangat dinamik, dia memberikan kami banyak tenaga.” Sementara itu, Di Matteo menegaskan tidak mengetahui sebarang usaha Arsenal untuk mendapatkan Salomon Kalou.

Penyerang itu dilapor menjadi buruan Gunners namun kini beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika bersama seorang lagi pemain Chelsea, Didier Drogba dalam skuad Ivory Coast.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...