Frank Lampard seakan-akan memberi bayangan yang dia tidak berpuas hati dengan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.Pemain tengah England menyuarakan kenyataan tersebut selepas  Villas-Boas mendakwa Chelsea sudah terkeluar daripada perebutan gelaran  Liga Perdana England musim ini.Lampard menjaringkan gol kemenangan Chelsea ketika menewaskan  Wolverhampton Wanderers 2-1, sekali gus memintas kedudukan Arsenal di  tempat keempat liga pada Isnin lalu.
Ketika ini, skuad The Blues berjaya mengumpul 37 mata, hanya ketinggalan lapan mata di belakang Manchester United yang menghuni tempat kedua liga.Manakala Manchester City mengumpul 48 mata, sekali gus mengukuhkan  kedudukan di persada liga selepas membelasah Liverpool 3-0 awal pagi  semalam.
Kemenangan Chelsea itu turut menamatkan aksi hambar skuad The Blues yang hanya mencatat tiga seri dan kalah sekali dalam empat perlawanan sejak menewaskan City pada bulan lalu.Lampard menegaskan bahawa Villas-Boas sepatutnya mengekalkan  kepercayaan kepada para pemain utama pasukan itu yang telah dibentuk  oleh bekas pengurus, Jose Mourinho.
"Hakikatnya, kami berada dalam kelompok empat pasukan teratas pada  Tahun Baharu 2012 dan ia sepatutnya menaikkan lagi semangat para  pemain," kata Lampard."Saya sedikit kecewa apabila melihat kedudukan kami dalam liga dan  kami bukan tunggal yang ketinggalan di belakang pendahulu liga, City.
"Kami semua boleh berasa kecewa dengan situasi seperti ini tetapi kami perlu memastikan yang pasukan ini akan bangkit segera.
"Semua pemain dalam skuad ini harus berjuang untuk memenangi gelaran liga dan sekarang jurang mata sudah menjadi agak jauh."Namun, kamu kena ada pemikiran seperti ini kerana jika tidak, kamu  akan terus ketinggalan dalam kelompok empat pasukan terbaik."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan