Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui yang ‘kepalanya bakal  dipancung’ melainkan pasukannya boleh memperbaiki persembahan mereka  dengan meraih keputusan yang dikehendaki.Pasukan bimbingan Villas-Boas itu menduduki tempat kelima saingan  Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka berada 12 mata di belakang  pendahulu Manchester City dan tekanan kini memuncak terhadap pengurus  itu yang berada dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.
Kekalahan 2-1 kepada Liverpool di gelanggang sendiri pada Ahad lalu adalah kali ketiga Chelsea tewas dalam empat perlawanan liga dan pengurus berbangsa Portugis itu berkata walaupun pasukannya bermain baik, hanya keputusan yang lebih baik boleh mengurangkan tekanan.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich membayar Porto 15 juta euro untuk  mengupah Villas-Boas, tapi pengurus itu berkata beliau menjangkakan  tekanan terhadapnya akan memuncak melainkan pasukannya mula memenangi  semula perlawanan, terutama apabila kempen awal musim kelab itu bermula  dengan buruk dalam tempoh lapan tahun sejak bilionair Russia itu  mengambil alih.
“Tiada apa yang dapat dikatakan terhadap apa yang sedang kami lalui dan dalam situasi seperti ini, selalunya kepala pengurus yang akan dipancung terlebih dulu,” kata Villas-Boas, 34.
Kelmarin, Villas-Boas didenda 12,000 oleh Persatuan Bolasepak dan diberi amaran mengenai kelakuannya selepas didapati bersalah kerana komen yang dibuat ketika pasukannya tewas 1-0 kepada Queens Park Rangers pada 25 Oktober lalu.
Villas-Boas berkata kekalahan itu yang menyaksikan Chelsea beraksi  dengan sembilan pemain selepas Jose Bosingwa dan Didier Drogba dibuang  padang, mencetuskan nasib merudum pasukannya.
“Kami bermain baik sebelum pertemuan menentang QPR, kami masih bermain baik dengan sembilan pemain, kami juga bermain baik ketika menentang Arsenal (mereka tewas 5-3) dan Liverpool, tapi kami tidak menang,” katanya.
“Bola sepak adalah perlawanan yang memerlukan kami menang. Apabila  kami tidak menang, kami akan berasa bimbang mengenai perlawanan  berikutnya.”
 ArulchelseA:Pangil jose ganti avb..aku dah tak berapa bekenan tektikal avb ni.. 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan