24 November 2011

Lampard kekal bersama chelsea

Pemain tengah England, Frank Lampard menghampiri penghujung kontrak semasanya bersama Chelsea, tapi ia tetap tidak menghalangnya daripada berkata mahu terus kekal di Stamford Bridge.Pemain berusia 33 tahun itu yang mula mencipta nama bersama kelab pencabar West Ham - kelab yang bapanya wakili - mempunyai kontrak kurang dari dua tahun bersama Chelsea.


Spekulasi yang mengatakan dia mungkin menggantikan David Beckham di LA Galaxy meningkat selepas Lampard keluar masuk daripada pasukan Chelsea pada awal musim ini.Tapi, sejak itu dia mula kerap diturunkan di bawah pengurus berbangsa Portugis, Andre Villas-Boas dan Lampard memberitahu London Evening Standard: “Pada ketika ini, kontrak saya hanya sehingga musim depan, tapi saya mahu melebarkannya.

“Selagi kelab itu mahukan saya, saya sedia berkhidmat.“Walaupun apa orang kata mengenai saya mungkin berhijrah, saya tetap akan berada di sini, tanpa ragu-ragu.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...