Kapten England, Frank Lampard berkata, aksi England ketika menewaskan  juara Piala Dunia dan Eropah, Sepanyol adalah antara saat paling manis  sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.Lampard sudah mengecapi banyak kejuaraan ketika bersama Chelsea  tapi pencapaian cemerlang pada pentas antarabangsa bersama England agak  sukar dikecapinya.     Ketika Lampard sudah boleh bermegah dengan  pencapaian meraih kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Liga ketika di  Stamford Bridge, kariernya bersama England sering diselubungi dengan  kegagalan pasukannya dalam saingan besar.
 Jadi, pemain  berusia 33 tahun itu layak berasa bangga apabila gol tunggalnya membantu  England mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada perlawanan  persahabatan awal pagi semalam sekali gus kejayaan itu dianggap sebagai  keputusan yang terbaik pernah dikecapi England pada aksi antarabangsa  selepas hampir 40 tahun.
Jadi, pemain  berusia 33 tahun itu layak berasa bangga apabila gol tunggalnya membantu  England mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada perlawanan  persahabatan awal pagi semalam sekali gus kejayaan itu dianggap sebagai  keputusan yang terbaik pernah dikecapi England pada aksi antarabangsa  selepas hampir 40 tahun.   Lampard mungkin dipilih menjadi kapten pasukan selepas John Terry  yang juga rakan sepasukannya di Chelsea direhatkan oleh Capello namun  dia berjaya memikul tugas itu dengan cemerlang dan meraikan penampilan  ke-90 bersama England dengan penuh bergaya.
“Saya sudah mencapai banyak kejayaan, tetapi kejayaan kali ini bersama England mengambil masa yang agak panjang,” kata Lampard.
“Bersama Chelsea memenangi liga adalah kejayaan membanggakan tapi memikul tugas sebagai kapten dan menyumbang gol kemenangan ketika bertemu juara Piala Dunia juga adalah kejayaan yang cukup membanggakan. “Sudah tentu akan mengingati kejayaan ini sepanjang hidup saya. “Saya gembira kerana dapat menjaringkan gol untuk pasukan.
  “Ia menjadi perlawanan yang  besar untuk saya ingat selama-lamanya.     “Mungkin ini kali terakhir  saya memikul tugas sebagai kapten England. Harap saya dapat menggalas  tugas ini lagi selepas ini.”    Lampard yang menjaringkan gol tunggal  pada minit ke-49 selepas menyempurnakan bola muntah hasil tandukan  Darren Bent turut bertindak cemerlang mengemudi jentera tengah sepanjang  permainan.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan