18 November 2011

Cech lega Republik Czech layak

Petr Cech adalah antara dua pemain Chelsea yang berjaya layak ke Euro 2012. Dia mengakui sukar untuk ke sana dan sedar ia bukan laluan mudah untuk edisi kali ini.Raul Meireles mewakili Portugal adalah seorang lagi yang layak menerusi perlawanan playoff manakala Cech dan Republik Czech berjaya dengan kemenangan 2-0 ke atas Montenegro di tempat sendiri diikuti 1-0 di tempat lawan.

Ia sesuatu yang melegakan bagi sebuah negara yang tidak dapat beraksi dalam Piala Dunia tahun lalu tetapi berjaya meraih peluang menerusi playoff sebagai antara pasukan kedua terbaik dalam kumpulan kelayakan Euro 2012, selepas menewaskan Scotland dalam pusingan akhir peringkat kumpulan.

“Kami tidak mahu terlepas Euro,” kata Cech. "Adalah impian kami untuk tidak berehat terlalu lama musim panas depan. Kami gembira selepas menempuhi perjalanan berliku dan keadaan pasukan Republik Czech tidak begitu baik, kami menyukarkan laluan dan banyak kali mengalami tekanan.“Jadi itulah sebabnya kami gembira apabila layak akhirnya dan membuktikan bahawa orang lain adalah salah.”

Pasukan itu akan diundi 2 Disember ini sebagai satu daripada empat pasukan pilihan terbawah. Ini bermakna mereka tidak akan menentang Perancis, Denmark atau Ireland di peringkat kumpulan tetapi mungkin berdepan pasukan lain.

“Kami sedar, kami akan berdepan dalam kumpulan sukar tetapi sebaik anda layak ke Kejuaraan Eropah, anda tidak boleh memilih siapa lawan anda kerana tiada pasukan yang boleh dianggap mudah.

“Hanya pasukan terbaik berada di sini dan biasanya separuh daripada Eropah sentiasa menjadi pilihan untuk memenangi Piala Dunia jadi anda boleh
jangkakan undian yang sukar.

Dua keputusan perlawanan playoff itu menjadikan tiga perlawanan tanpa bolos berturut-turut bagi Cech termasuk perlawanan kelabnya menentang Blackburn.

“Ia menjadikan keadaan semakin baik,” katanya. “Saya melalui dua perlawanan yang baik bersama Republik Czech dan apabila saya berjaya menyelamatkan gawang dan membantu kami memastikan kemenangan untuk layak, saya cukup gembira. “Saya harap dapat mengekalkan rekod itu ketika menentang Liverpool, Ahad ini kerana ia satu perlawanan yang sukar.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...