Jose Bosingwa menegaskan dia tidak akan menyarung jersi skuad bola  sepak kebangsaan Portugal selagi Paulo Bento membimbing pasukan itu."Sukar untuk saya memberitahu tetapi selagi Bento menjadi jurulatih  Portugal, saya tidak akan bermain untuk pasukan itu," kata pemain  pertahanan Chelsea itu kelmarin.Bulan lalu, Bento mendedahkan bahawa Bosingwa tidak disenaraikan untuk aksi playoff  Euro 2012 menentang Bosnia-Herzegovina pada awal pagi Sabtu ini kerana  pemain pertahanan itu tidak menepati syarat termasuk emosi dan mental.
Sementara itu, Bosingwa berkata, dia keliru dengan penjelasan jurulatih itu."Saya berasa tersinggung dan tidak dihargai dengan penjelasan  mengenai saya itu. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh jurulatih  dengan emosi dan mental kerana saya rasa sukar untuk seseorang pemain  menerima kenyataan tersebut," kata Bosingwa.
"Saya bermain untuk Chelsea dalam saingan Liga Perdana England, liga  terbaik di dunia dan saya berjaya bermain dengan baik dalam satu musim  yang sukar di England sejak beberapa tahun lalu.Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu telah membuat penampilan  sebanyak 24 perlawanan dan menjadi pemain utama di bawah bimbingan Andre  Villas-Boas di Chelsea pada musim ini.
Dalam masa yang sama, Bosingwa turut menyentuh rekod disiplin Bento pada masa silam."Saya bangga dengan sumbangan saya dalam skuad kebangsaan. Sebaliknya  jurulatih Portugal yang mengutamakan emosi dan mental, meninggalkan  kenangan pada Euro 2000."
Bento yang merupakan bekas pemain tengah telah digantung selama enam  bulan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas didapati bersalah  bertindak ganas ke atas pengadil selepas aksi separuh akhir Euro 2000  menentang Perancis.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan