Pengurus England, Fabio Capello mengesahkan ketua pasukan, John Terry  berada dalam senarai skuad  bertemu juara dunia, Sepanyol dan Sweden  meskipun  sedang disiasat kerana dakwaan melontar kata-kata berunsur  perkauman.Terry menjadi subjek utama siasatan   pihak polis serta Persatuan  Bola Sepak (FA) England kerana dikatakan melemparkan kata-kata berunsur  perkauman kepada pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand  ketika Chelsea tewas kepada kelab itu.
 Capello bagaimanapun  tidak mengetepikan pemain pertahanan England itu pada aksi perlawanan  persahabatan antarabangsa, sebaliknya menegaskan ketua pasukan England  itu tidak bersalah selagi tidak menerima sebarang hukuman.
   Capello yang mengumumkan barisan pemainnya itu semalam berkata,  Terry disenaraikan selepas beliau bermesyuarat bersama pengurusan kanan  FA minggu lalu berhubung isu berkenaan.
“Dia berada dalam skuad kerana kami sudah berbincang bersama FA mengenai Terry. Bagi saya dia tidak bersalah selagi belum dikenakan sebarang hukuman. Atas alasan ini, saya menyenaraikannya,” katanya.
Capello berkata, bagaimanapun beliau sudah memberi penjelasan kepada pemain Chelsea itu bahawa dia tidak akan beraksi untuk kedua-dua perlawanan persahabatan yang menyaksikan England akan bertemu Sepanyol di Stadium Wembley pada Sabtu sebelum bertemu Sweden tiga hari kemudian.
   “Saya sudah beritahu Terry yang saya tidak pasti sama ada dia  dapat bermain kerana saya mahu melihat aksi beberapa muka baru. Jika  kami berdepan masalah kecederaan atau penggantungan pemain, dia mungkin  boleh diturunkan,” kata Capello yang turut memaklumkan perkara itu  kepada pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.
“Saya rasa Terry tidak berdepan sebarang masalah setakat ini. Kami perlu melihat kepada siasatan FA dan polis mengenainya tetapi bagi saya, dia tidak bersalah sehinggalah benar-benar didapati bersalah.” Capello berkata, secara umum beliau tidak pernah menyaksikan cercaan berunsur perkauman dalam skuad England ataupun pada saingan liga.
“Saya tidak pernah dengar atau melihat sendiri masalah perkauman dalam  bola sepak England. Penyokong tidak pernah mengejek pemain berkulit  hitam. Penyokong hanya mengejek pemain kerana  n meninggalkan kelab dan  menyertai kelab lain,” katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan