Kemampuan England akan benar-benar teruji apabila dijadual berdepan  juara dunia, Sepanyol dalam satu aksi persahabatan di Stadium Wembley  awal pagi esok.Bagaimanapun, jurulatih skuad The Three Lions, Fabio Capello pastinya  'pening' memikirkan untuk menurunkan barisan kesebelasan utama  terkuatnya selepas beberapa tonggak utama dihimpit masalah kecederaan
 Antara yang terpaksa diketepikan ialah perancang Liverpool, Steven  Gerrard; perancang Arsenal, Jack Wilshere dan pemain sayap Manchester  United, Ashley Young.Lebih memburukkan keadaan, Capello tidak menyenaraikan penyerang  berbisa United, Wayne Rooney selepas kontroversi yang timbul ekoran kad  merah yang diterima pemain tersebut ketika aksi kelayakan Euro 2012  menentang Montenegro bulan lalu.
Di sebalik segala masalah itu, kapten England, John Terry pula belum  pasti dapat diturunkan dalam kesebelasan utama skuad The Three Lions  selepas terlibat dengan kontroversi isu perkauman.Meskipun berada dalam senarai skuad yang dipanggil Capello bagi  menghadapi aksi persahabatan, jurulatih kelahiran Itali itu dijangka  tidak akan menurunkan Terry pada pertemuan menentang Sepanyol,  sebaliknya akan hanya membenarkan pemain tersebut beraksi ketika  menentang Sweden tiga hari kemudian.
Sedar dengan masalah dialaminya itu, Capello ketika ini dalam keadaan  berhati- hati kerana tahu bahawa ujian getir bakal menantinya  memandangkan turun menentang Sepanyol yang memiliki ramai pemain  berkualilti.
"Saya fikir Sepanyol memiliki ramai pemain bertaraf dunia."Sepanyol memiliki pemain yang sangat bagus apabila bola berada dalam  kawalan mereka dan juga bijak untuk mencuri semula bola dengan pantas  daripada pihak lawan."Ini merupakan satu corak permainan baharu diterapkan Sepanyol," katanya.
Ditanya sama ada beliau juga mahu menerapkan corak permainan yang  sama seperti mana dilakukan Sepanyol, Capello menjawab, ia merupakan  satu kesilapan jika kamu meniru corak permainan mereka.Untuk rekod, sejak Capello mengambil alih tugas selaku jurulatih  England pada 2008, skuad The Three Lions berjaya mencatatkan 26  kemenangan, lapan seri dan enam kali tewas dalam 40 perlawanan di pentas  antarabangsa.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan