11 November 2011

Torres tidak menyesal

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres mengakui sukar baginya membiasakan diri di Stamford Bridge berbanding ketika meninggalkan Sepanyol untuk bersama Liverpool.Penyerang bernilai 50 juta (RM250.8 juta) kini tidak lagi menjadi pemain yang mengkucar-kacirkan pertahanan Liga Perdana Inggeris ketika bersama Anfield selepas berpindah ke Stamford Bridge, Januari lalu. Bekas bintang Atletico Madrid mengakui tahap permainan dalam pasukan ibu negara London itu berbeza, apatah lagi tidak ramai pemain yang dikenalinya berbanding ketika dia menyertai Merseyside.
Begitupun pemain berusia 27 tahun itu yakin bakal menemui sentuhan dalam skuad Andre Villas-Boas dan berpendapat sukar untuk membandingkan kelabnya ketika ini de-ngan majikan terdahulu.“Mereka tidak mempunyai persamaan, baik sebelumnya ataupun ketika ini.

Proses untuk saya menyesuaikan diri begitu sukar. “Chelsea berada di London, sebuah bandaraya besar. Saya datang dari Madrid, juga sebuah bandaraya besar di Eropah tetapi ia memberi kesan kepada segala-galanya, sama ada baik atau buruk. “Sukar untuk saya me-nyesuaikan diri di sini berbanding ketika saya tiba di Liverpool, iaitu sebuah tempat yang selesa, lebih kecil dan dikelilingi rakan sepasukan dari Sepanyol.

“Justeru, perkara paling penting adalah cuba me-nyesuaikan diri sepantas mungkin. Itulah yang sedang saya lakukan.” Torres enggan dikait-kan dengan sebarang perbandingan harga dan menegaskan apabila Blues cuba mendapatkan khidmatnya, ia satu tawaran yang sukar ditolak. “Itu hanya nombor.

Satu perkara yang saya tahu adalah peluang yang ditawarkan Chelsea tidak boleh dilepaskan. Perkara paling penting adalah keyakinan mereka terhadap saya. “Liverpool kini melalui perubahan yang pelik. Secara peribadinya, saya percaya pemergian Xabi Alonso ke Madrid menjadi petanda bahawa satu perubahan sedang berlaku.

“Saya mempunyai cita-cita untuk meningkatkan diri dan Chelsea mampu memberikan saya apa yang diingini setiap pemain bola sepak iaitu piala kejuaraan.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...