Selepas membuktikan mereka memiliki ramuan  pertahanan untuk mengekang asakan juara dunia, Sepanyol Sabtu lalu, kini  penyokong England pastinya mahu pula melihat sejauh mana keupayaan  sebenar Three Lions yanga akan melayan kunjungan Sweden di Wembley, hari  ini.Fabio Capello yang masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama pada  Kejohanan Eropah 2012 sebelum ini telah menyatakan dia akan melakukan  eksperimen dengan melakukan beberapa perubahan pada perlawanan bertemu  Sweden.
Ketua pasukan, John Terry dan Gary Cahill akan digandingkan semula di  pertahanan tengah sementara bek kanan muda, Kyle Walker yang meraih kap  pertama sewaktu perlawanan Sepanyol, akan diberi kepercayaan turun  dalam kesebelasan utama buat kali pertama.
Namun, yang lebih mencuri tumpuan ialah bagaimana percaturan Capello  di bahagian serangan, dengan Daniel Sturridge dan Bobby Zamora  disebut-sebut bakal beraksi.Capello terdesak mencari gandingan serangan alternatif berikutan  penggantungan Rooney untuk tiga perlawanan pertama kumpulan Euro 2012,  justeru aksi persahabatan minggu ini merupakan peluang terbaik dia  berbuat demikian.
Darren Bent yang menanduk cantik untuk menewaskan penjaga gol  Sepanyol, Pepe Reina tempoh hari, adalah antara mereka yang berada dalam  perancangan Capello.Tatkala penyerang tinggi lampai, Peter Crouch semakin dilupakan,  kematangan penyerang muda, Sturridge pula kian terserlah selepas  mempamerkan prestasi memberangsangkan pada awal musim di Chelsea.
Capello juga semakin mempercayai barisan muda seperti yang  dilakukannya pada Sabtu lalu apabila dia mempertaruhkan pasangan  Manchester United, Danny Welbeck dan Phil Jones serta pemain tengah  Everton, Jack Rodwell."Mereka bermain tanpa ketakutan, dengan menunjukkan keperibadian  masing-masing di atas padang. Saya boleh lihat mereka sudah cukup bagus  untuk beraksi bersama senior," katanya. -[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan