Chelsea terpaksa menelan kekecewaan apabila seri 1-1 dengan Genk  dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam ketika musim bergelora  Blues ditimpa satu lagi tamparan.Skuad kendalian Andre Villas-Boas terdesak untuk melakar kemenangan  di Arena Cristal bagi mengurangkan kekecewaan minggu ini yang bermula  dengan kekalahan mengejut kepada QPR, menyaksikan John Terry didakwa  melemparkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan  Hoops, Anton Ferdinand diikuti kekalahan mengejut 3-5 di laman sendiri  kepada Arsenal.
 Blues berada di landasan tepat untuk mencatat  kemenangan apabila Ramires merembat masuk gol pendahuluan pada babak  pertama namun David Luiz terlepas sepakan penalti sebelum tamat babak  pertama dan Jelle Vossen membalasnya dengan jaringan penyamaan pada  babak kedua.
Chelsea mensia-siakan beberapa peluang untuk meraih kemenangan dan  walaupun masih mendahului Kumpulan E dengan kelebihan dua mata di depan  Bayer Leverkusen, mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi  kemenangan daripada baki dua perlawanan untuk mara ke pusingan kedua.
“Babak pertama amat bagus dan kami mendapat gol yang diingini namun permainan kami merosot di babak kedua dan kami sepatutnya lebih banyak mengawal permainan,” kata Villas-Boas.“Kami masih berpeluang menjadikan kedudukan 2-1 namun ia tidak berlaku. Kami perlu menggunakan setiap peluang yang dicipta.
  “Kami meraih satu mata namun ia adalah perlawanan yang kami mahu  menangi. Keputusan seri ok namun kami patutnya melakukannya dengan lebih  baik.” Villas-Boas membuat keputusan untuk tidak menurunkan Terry  selepas persembahan kurang mantap dipamerkan ketika menentang Arsenal  dan kapten England itu berada di bangku pemain simpanan bersama Frank  Lampard dan Juan Mata.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan