23 November 2011

UCL:Bayer Leverkusen vs Chelsea -The blues perlu menang

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji prestasi pasukannya sebelum beraksi menentang Bayer Leverkusen pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara meskipun keputusan yang mereka peroleh tidak begitu memuaskan.The Blues mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana, dua daripadanya di laman sendiri kepada Arsenal dan Liverpool.


“Keseluruhan, kami bermain dengan baik tetapi tidak memiliki tuah. Saya perlu menganalisis punca kebocoran benteng.“Kami dibarisi pemain yang bagus dan masih bersaing dalam empat kejohanan dan pasti memperbaiki kesilapan,” kata Villas-Boas.

Chelsea menerajui Kumpulan E dengan lapan mata selepas empat perlawanan, dua mata di depan Leverkusen. Velencia yang bertemu kelab Belgium, Racing Genk di tangga ketiga dengan lima mata.Villas-Boas berkata, pihaknya perlu mengukuhkan lagi benteng pertahanan selepas tewas 3-5 kepada Arsenal dan 1-2 kepada Liverpool, Ahad lalu.

Bagaimanapun, kontroversi yang menghimpit John Terry (gambar) yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap Anton Ferdinand pada masa ini dan disiasat polis dan FA, tidak menggangu tumpuan pemain England itu.

“Isu ini tidak mengganggunya ketika turun beraksi di padang,” kata jurulatih yang berasal dari Portugal itu.Setakat ini, Chelsea belum memenangi perlawanan di gelanggang lawan sejak kali terakhir menewaskan Spartak Moscow, 2-0, 13 bulan dan hanya seri 1-1 di Valencia dan Genk, musim ini.

Jika tewas kepada Leverkusen manakala Valencia menewaskan Genk bakal menghidangkan tekanan buat Chelsea menjelang perlawanan terakhir menentang kelab Sepanyol itu di gelanggang sendiri, 6 Disember ini.

“Chelsea kini tertekan,” kata kapten Leverkusen, Michael Ballack.“Perlawanan ini sememangnya sukar. Kami memenangi saingan di laman sendiri menentang Genk dan Valencia tetapi kami perlu mempamerkan aksi terbaik pada pertemuan ini,” kata Ballack yang menjaringkan satu gol untuk membantu pasukannya menewaskan Kaiserslautern, 2-0 pada saingan Bundesliga, Jumaat lalu.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...