Andre Villas-Boas menafikan pandangan yang  mengatakan tempatnya sebagai pengurus Chelsea terancam, sebaliknya  menegaskan bahawa dia mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab,  Roman Abramovich biarpun tewas 1-2 kepada Liverpool, kelmarin.Kelmarin juga adalah kekalahan kedua buat Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana.
Chelsea kini di tangga keempat liga - kurang 12 mata di belakang  pendahulu Manchester City, malah skuad bimbingan Villas-Boas juga perlu  bekerja keras menghadapi pencabar mereka sekiranya mahu mendapatkan  gelaran.Chelsea bermula dengan hambar pada kempen kali ini sehingga timbul  persoalan berhubung tindakan Abramovich menggantikan Carlo Ancelotti  dengan Villas-Boas, 33 tahun sebelum bermulanya musim ini.
Bagaimanapun, Villas-Boas berpendapat jutawan dari Russia itu komited  terhadap dirinya sebagai pengurus untuk perancangan masa panjang  bersama kelab tersebut."Saya rasa itu bukan persoalan buat pemilik yang penyabar."Kami telah merancang untuk mempertingkatkan sesuatu yang baru  bersama Chelsea dan kelab ini juga komited terhadap perancangan masa  depan itu."Komitmen kami bersama kelab ini sangat tinggi dan apa yang kami bakal lakukan adalah untuk masa depan kelab.
"Kami mempunyai cukup bakat untuk bersaing dalam semua perlawanan dan  itu adalah perspektif yang kami gunakan setakat ini," kata Villas-Boas.Pada perlawanan kelmarin, Maxi Rodriguez memberikan gol pertama buat  Liverpool sekali gus membolehkan skuad bimbingan Kenny Dalglish itu  mendahului pada separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui  Daniel Sturrdge pada minit ke-55, namun impian pasukan tuan rumah untuk  mendapatkan tiga mata penuh lebur apabila pemain pertahanan Liverpool,  Glen Johnson meledak gol kemenangan buat pasukannya tiga minit sebelum  masa tamat.
Pada aksi kelmarin, bahagian pertahanan Chelsea dilihat melakukan  kesilapan namun Villas-Boas mempertahankan pemainnya David Luiz yang  pernah digambarkan oleh bekas pemain pertahanan Manchester United dan  England, Gary Neville sebagai watak dalam permainan video play station yang dikawal oleh budak 10 tahun.
"Gary adalah pemain pertahanan yang hebat dan saya tidak ada apa yang  mahu diperkatakan berhubung pandangannya itu," kata Villas-Boas.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan