LONDON 21 Nov. - Glen Johnson muncul wira pasukannya apabila  meledakkan gol kemenangan ketika permainan hanya berbaki tiga minit bagi  membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi  perlawanan Liga Perdana England, hari ini.
Liverpool yang mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama  berjaya mendahului perlawanan selepas 33 minit menerusi Maxi Rodriguez  namun Chelsea menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui  pemain gantian, Daniel Sturridge.
Perlawanan di Stamford Bridge itu dilihat hampir pasti seri sehingga  Johnson berjaya mencari ruang di bahagian kanan untuk meneruskan larian  ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan rendah di penjuru  jaring lawan.
ArulchelseaA: Mana anelka malam tadi..patutnya dimasukan ganti maloauda.. 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan