Andre Villas-Boas yang semakin 'kepanasan'  menggesa Chelsea bangkit selepas mengalami tamparan terbaru, kalah 2-1  kepada Bayer Leverkusen pada aksi Liga Juara-Juara Eropah semalam.Kekalahan itu meletakkan Blues dalam kedudukan yang cukup berbahaya untuk mara ke peringkat kalah mati.Malah, jurulatih muda kelahiran Portugal itu turut menagih sokongan  penonton di Stamford Bridge untuk membantu pasukan mengharungi detik  sukar, baik dalam pentas Eropah mahupun domestik, sambil mengakui,  pemainnya sedang mengalami 'masalah keyakinan'. 
Semalam, Didier Drogba berjaya meletakkan Chelsea di depan pada babak  kedua, namun seperti dua perlawanan mereka di tempat lawan sebelum ini,  skuad Blues gagal mempertahankan kelebihan. Ini memberikan mereka kekalahan keempat daripada tujuh perlawanan.
Pemain gantian, Eren Derdiyok menyamakan kedudukan tuan rumah,  sebelum Manuel Friedrich menanduk gol kemenangan Leverkusen pada masa  kecederaan untuk membawa wakil Jerman itu melonjak ke tangga teratas  Kumpulan E dan layak ke pusingan kedua, pada ketika Villas-Boas pula  ditinggalkan dengan masa depan tidak menentu. 
Chelsea kini perlu mengalahkan kelab Sepanyol, Valencia di Stamford  Bridge, 6 Disember ini untuk meneruskan kemaraan, malah seri 0-0 juga  memadai untuk membawa mereka layak. Semalam, Valencia membelasah Genk  7-0 dan meletakkan pasukan itu berkongsi lapan mata dengan Blues.
"Fokus kami sekarang harus kepada detik penting menentang Valencia di  tempat sendiri. Kami masih berada di depan Valencia, namun pertemuan  itu akan menjadi satu pertarungan yang sangat sengit. 
"Ketika ini, kelab Inggeris berdepan sedikit kesukaran dalam Liga  Juara-Juara, namun kami kena mengatasinya. Kami memiliki keberanian dan  kami akan kembali untuk menang. Sudah banyak derita yang dilalui, banyak  gol yang dilepaskan,'' kata Villas-Boas. 
Tegas jurulatih berusia 34 tahun itu lagi, dia tidak pernah hilang  keyakinan terhadap pasukan dan pemain-pemainnya, malah yakin mereka akan  berjuang untuk mencari jalan penyelesaian.Katanya Villas-Boas, tugasnya kini adalah untuk memulihkan semangat  pemain, memberi motivasi serta inspirasi kepada mereka untuk bangkit.
"Pemain telah menunjukkan persembahan yang baik, mereka memiliki  bakat yang besar, saya bertanggungjawab atas keputusan yang  dicatatkan,'' ujarnya lagi.[sumber]
ArulchelseA: AVB perlu bagun dahulu..
ArulchelseA: AVB perlu bagun dahulu..
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan