22 April 2011

'Perebutan masih terbuka'-Carlo Ancelotti

'Perebutan masih terbuka'

Carlo Ancelotti
LONDON - Pengurus Chelsea,  memberi amaran kepada Manchester United bahawa perebutan gelaran Liga Perdana England masih lagi terbuka.
Skuad The Blues kembali melonjak ke tangga kedua liga, enam mata di bela- kang pendahulu United selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Birmingham awal pagi semalam.

Dengan semua pasukan pencabar masing- masing akan berdepan sesama sendiri, Ancelotti yakin peluang menjuarai liga masih lagi cerah.
"Semuanya masih terbuka," kata Ancelotti.
"Sebulan yang lalu kami ingat peluang semakin tipis untuk bersaing dalam kejuaraan dan kalau kami kata kami masih mampu melakukannya, kamu akan anggap kami pasti sudah gila.
"Tetapi saya telah belajar sesuatu bahawa semuanya boleh berlaku dalam bola sepak. Semuanya masih belum berakhir sehingga wisel penamat ditiupkan.
"Kamu boleh memenangi gelaran liga pada saat-saat akhir dan kamu juga boleh kehilangannya sekelip mata.
"Kini kami gembira untuk berada di tangga kedua. Kami akan lihat apa yang akan berlaku dalam lima perlawanan terakhir selepas ini.
"Selepas itu baru kita boleh cakap bahawa musim ini kami beraksi cemerlang atau tidak," kata Ancelotti.
Dua gol daripada Florent Malouda dan satu gol daripada gera- kan solo Salomon Kalou sudah cukup meletakkan The Blues meng- atasi Arsenal di tangga kedua menerusi perbezaan jaringan.
Birmingham pula berjaya mera- patkan kedudukan hasil sepakan penalti Sebastian Larsson pada minit ke-76.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...