MANCHESTER:  Carlo Ancelotti mempertahankan keputusan  memasukkan  Fernando Torres dalam kesebelasan utama  ketika menentang Manchester  United  dalam saingan Liga Juara-Juara semalam walaupun  penyerang  Sepanyol itu gagal menyerlah  sejak menyertai kelab itu, Januari lalu. 
Torres yang masih belum menjaringkan gol selepas 11 jam beraksi  bersama Chelsea dengan 50 juta (RM246 juta) dikeluarkan pada waktu  rehat sebelum  Red Devils megah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara  dengan kemenangan 2-1.Pemain veteran Chelsea, Didier Drogba yang menggantikan Torres segera menghadirkan masalah buat United dengan menjaringkan gol penyamaan untuk pelawat bangkit menghidupkan peluang.
Peminat Chelsea yang kecewa dengan keputusan itu mempersoalkan mengapa Drogba tidak diturunkan sejak awal permainan berbanding Torres, namun Ancelotti tidak menyesal dengan keputusannya.

“Sudah lama saya fikirkan keputusan ini,” kata Ancelotti. “Saya lebih selesa menurunkan Fernando dalam kesebelasan utama bagi perlawanan sebegini. Namun Didier bermain baik di separuh masa kedua.” Ancelotti turut menolak dakwaan Sir Alex Ferguson yang mengatakan amat sukar buat jurulatih Chelsea itu tidak memilih Torres selepas pemain itu mencatat rekod perpindahan tertinggi.
“Ramai yang menyangka Drogba akan bermain, tapi saya rasa rekod pembelian besar menyebabkan Torres diturunkan,” kata Ferguson. “Saya bukan 100 peratus pasti. Tapi saya tidak melihat sebab mengapa mereka perlu ketepikan Torres.” Ancelotti mendakwa komen Ferguson itu tak berasas.
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan