REAL Madrid bakal menanti kunjungan Barcelona di  Santiago Bernabeu pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal  pagi esok.  
Anak buah Jose Mourinho pasti tidak akan mensia-siakan peluang  beraksi di laman sendiri sambil mengharapkan ayam tambatannya, Cristiano  Ronaldo mampu mengulangi aksi cemerlang ketika membantu Real  menumpaskan Barca pada final Piala Raja Sepanyol, minggu lalu.  
Sementara Barcelona mencongak tiket ke final jurulatih Real Jose  Mourinho dijangka bakal membariskan tonggak terbaiknya pada pertemuan   separuh akhir pertama awal pagi esok. 
Mourinho dijangka membariskan handalan mereka Lassana Diarra   diperkuatkan lagi dengan gandingan Xabi Alonso dan Pepe di bahagian  tengah. 
Manakala Raul Albiol bakal digandingkan dengan Sergio Ramos yang memiliki kelebihan bukan sahaja beraksi di posisi pertahanan. 
Tiga pertemuan mereka sebelum ini menyaksikan kedua-dua pasukan pernah  menewaskan lawan masing-masing dan meraih satu keputusan seri. 
Bagi Ramos pertemuan kali ini sukar di ramal dengan kedua-dua pasukan sama hebat dan memiliki kelebihan tersendiri. 
“Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada perlawanan ini nanti.  Masing-masing ada tanggungjawab dan paling penting kami perlu pastikan  kemenangan esok milik Real,”
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan