25 April 2011

Ledakan Torres

FERNANDO Torres akhirnya menemui sentuhan emas apabila meledak gol pertama buat dirinya selepas ketandusan jaringan sepanjang 901 minit beraksi bersama Chelsea.
Awal pagi semalam, gol dicari-cari penyerang termahal dengan bayaran perpindahan RM248 juta itu, menjelma ketika dia membantu The Blues melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Ini bukan permulaan diharapkan apabila berhijrah ke Stamford Bridge, tetapi ia bukan mudah untuk dilalui sepanjang berada di sini sejak Januari lalu.
“Kerja keras selama ini berhasil. Tanpa bantuan rakan mustahil saya dapat menjaringkan gol.
"Bagaimanapun, jaringan semalam sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan saya gembira,” katanya.
Sejak melalui 10 perlawanan EPL dan empat pertemuan dalam saingan Liga Juara-juara bersama The Blues, Torres diletakkan di bangku simpanan semalam membuktikan dirinya masih berbisa apabila merobek gawang lawan sebaik dimasukkan lapan minit kemudian.
Pada pertemuan semalam, Chelsea membuka jaringan pertama menerusi Frank Lampard pada minit ke-44, sebelum Torres menamatkan kemaraunya pada minit ke-84 dan Florent Malouda menjaringkan gol selang enam minit kemudian.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...