Masa depan Marko Marin di Stamford Bridge masih samar meskipun berjaya meledak gol pertamanya bersama Chelsea, Sabtu lalu.
Sejak tiba dari Werder Bremen musim lalu, Marin hanya diturunkan dalam 11 perlawanan.
Terpaksa bersaingan dengan Juan Mata, Eden Hazard dan Oscar menjadi 
punca pemain antarabangsa Jerman itu terus memanaskan bangku pemain 
simpanan.Malah, pemain tengah itu dikaitkan spekulasi liar apabila dikatakan bakal dilepaskan musim depan.
"Saya tidak mahu layan (spekulasi). Anda perlu tahu, saya mempunyai 
kontrak selama lima tahun di sini. Lagipun, saya baru lima bulan berada 
di England, di mana tiga bulan pertama saya terpaksa berehat kerana 
cedera.
"Soal berpindah ke kelab lain tidak pernah timbul. Memang kecewa 
apabila kerap memanaskan bangku simpanan tapi saya percaya, masanya akan
 tiba buat saya pamerkan permainan sebenar," katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
wow ! suke chelsea eh ! bole bergaduh nie...hahaha
Catat Ulasan