9 April 2011

EPL:Chelsea perlu menang

Carlo Ancelotti (gambar) berdepan tugas getir untuk menaikkan semula semangat barisan pemain Chelsea menjelang kunjungan Wigan Athletic selepas tewas kepada Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara.


Carlo Ancelotti
Anak buah Ancelotti akan menentang kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, masih lagi dibelenggu kekalahan 0-1 di laman sendiri pada pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara kepada United selain tidak dapat menerima keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan.



Perlawanan kedua akan berlangsung di Old Trafford, tiga hari selepas perlawanan menentang Wigan dan kehadiran anak buah Roberto Martinez ke barat London itu pasti tidak dapat mengelak daripada dibayangi penampilan di Eropah.
Bagaimanapun, pengurus Blues itu berpendapat pemainnya harus segera mengalihkan tumpuan kepada perlawanan itu jika mereka ingin mengelak kegagalan pada pertengahan minggu lalu berulang.

Chelsea kini di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris, ketinggalan lapan mata di belakang United namun masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan selain perlu berkunjung ke Old Trafford dalam satu lagi perlawanan liga pada 8 Mei ini.

“Fokus utama kami adalah menentang Wigan dan menang untuk mendapatkan keyakinan dan memperoleh tiga mata dan selepas itu secara fizikalnya kami tidak mempunyai masalah. Kami mempunyai masa untuk fokus kepada perlawanan di Old Trafford,” kata Ancelotti.

Kapten Blues John Terry menyokong pendapat Ancelotti itu. “Manchester United sedar kami tidak akan mengalah dalam saingan liga dan kami akan terus berusaha hingga tamat,” katanya.
terry

“Kami masih mempunyai kelebihan satu perlawanan, kami masih perlu menentang mereka dan dengan dua kemenangan, jurang mata itu semakin hampir.
“Kami kecewa kerana hanya mampu seri dengan Stoke (Sabtu lalu) kerana ketika ini kami berada dalam prestasi terbaik. Amat penting untuk kembali bangkit secepat mungkin.”[metro]


*mesti menang lawan wigan..chelsea jalan teruss...

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...