Fernando Torres meluahkan kekecewaannya kerana masih gagal menyumbangkan gol untuk Chelsea selepas tercari-cari jaringan sejak pertengahan Oktober lalu.Dia menjaringkan gol ketika menentang Genk dalam Liga Juara-Juara tetapi dalam 19 perlawanan kelab selepas itu, dia masih buntu untuk mencipta jaringan.
Persembahan hebat ketika menentang Sunderland dan Manchester United terjejas dengan aksi hambar sewaktu berdepan Everton dan Norwich tetapi apa yang pasti adalah kemarau jaringannya masih berterusan.
“Secara jujurnya selepas setahun saya mengharapkan keadaan lebih baik berbanding sekarang,” kata Torres.
“Secara jujurnya selepas setahun saya mengharapkan keadaan lebih baik berbanding sekarang,” kata Torres.
“Ia satu situasi yang sukar kerana saya gembira dengan kehidupan peribadi.Kami benar-benar sukakan kelab ini dan gembira dapat bekerjasama dengan kakitangan dan pemain.
“Di padang, ia satu detik yang sukar buat Chelsea kerana kami gagal mencapai keputusan dikehendaki tetapi kami mengubah beberapa perkara seperti corak permainan dan masih mempunyai pasukan muda untuk melakukannya.
“Secara peribadi, saya perlu memperbaiki prestasi. Ketika bersama Liverpool, ada kalanya permainan saya tidak begitu baik atau tidak melakukan apa-apa tetapi setiap kali menyentuh bola, saya pasti menjaringkan gol.
“Perasaan saya begitu pelik kini memandangkan saya rasa tahap fizikal saya jauh lebih baik. Saya tidak mencari peluang dan jika memperolehnya, saya gagal menjaringkan gol.”
Jaringan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris adalah ketika menentang Swansea, September lalu iaitu satu perlawanan yang turut menyaksikannya dibuang padang kerana cuba melakukan terjahan.
“Sepanjang hidup saya, sejak kecil lagi saya melakukan perkara yang sama,” kata Torres.
“Pengurus saya mengajar untuk bekerja kerana itulah caranya saya mendapatkan ganjaran. Ia adalah perkara yang sentiasa saya lakukan dan itulah yang saya tahu, jadi saya sentiasa bersedia menghadapi perlawanan dengan cara yang sama.
“Setiap pemain atau atlet adalah berbeza. Saya cuba membayangkan corak perlawanan sebelum ini tetapi ia tidak membantu saya.
“Saya tidak melakukannya di Chelsea kerana saya mendapatkan cara untuk mendapatkan persediaan yang sesuai bagi saya. Dua hari sebelum perlawanan, saya mula berfikir mengenai pasukan lain dan pertahanan mereka kerana saya mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka.
“Masa depan saya berada di sini,” kata penyerang itu.
“Banyak lagi yang ingin saya buat di sini dan saya mahu melakukannya kerana saya sentiasa membuat apa yang diingini di kelab jadi tiada apa yang berubah.”
Jika Torres masih gagal menemui sentuhan berbisa, kreativiti rakan sepasukan dan rakan senegara, Juan Mata cukup penting.
“Dia adalah pemain yang serasi dengan saya terutama di bahagian tengah, di belakang penyerang,” kata Torres.
“Dia boleh membantu dan mencari penyerang dan membuat hantaran akhir untuk meletakkan anda di depan penjaga gol. Anda boleh lihat mengapa peminat sukakannya.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan