5 Februari 2012

Terry diketepikan jumpa United

Sehari selepas dilucutkan sebagai kapten England, John Terry diketepikan pula daripada perlawanan besar Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge, hari ini.Chelsea berdepan tugas berat apabila menerima kunjungan penyandang juara selepas tonggak pertahanannya itu disahkan mengalami kecederaan lutut.Malah, mereka juga kehilangan seorang lagi pertahanan, Ashley Cole yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika menentang Swansea, Selasa lalu. 


Ia nyata berita tidak menggembirakan buat peminat Blues, apatah lagi jentera serangan United bakal diperkuatkan kembali oleh penyerang utama mereka, Wayne Rooney.

Rooney yang diketepikan dalam dua perlawanan terakhir sudah pulih daripada kecederaan belakang.Chelsea yang menghuni tangga keempat liga berusaha mencari kemenangan bagi merapatkan jurang dengan United, daripada 12 kepada sembilan mata.

“John Terry adalah ketua pasukan, dia memimpin kami di atas dan luar padang, dia adalah pemain yang hebat, jadi kami akan terasa kehilangannya.“Kami juga kehilangan Ashley dan kedua-dua pemain ini adalah antara empat pemain terbaik yang sering digunakan dalam kesebelasan utama. 

“Begitupun, kami tidak boleh hanya menangis apabila kehilangan pemain, kami memiliki pasukan yang besar yang mampu digunakan dalam perlawanan ini,” kata jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas.

Rooney adalah seorang daripada empat pemain berprofil tinggi United yang sedia untuk kembali beraksi.Jurulatih United, Alex Ferguson juga memanggil semula pemain tengah, Tom Cleverley dan pemain sayap, Nani serta Ashley Young.

Rooney dan Nani telah berlatih selama dua hari selepas sembuh dari kecederaan yang menimpa mereka pada 22 Januari lalu. Young tidak beraksi sejak Disember lalu dan Cleverley pula cedera pada Oktober lalu.Sementara itu, biarpun mengakui Chelsea sudah terkeluar dari perebutan juara Liga Perdana Inggeris, namun Villas-Boas tetap menuntut tiga mata daripada pertemuan dnegan United hari ini. 

Dia mahu rekod cemerlang di Stamford Bridge dipertahankan kerana kali terakhir anak-anak buah Ferguson menang di situ adalah 10 tahun lalu.Ferguson mengakui, usaha United untuk pulang bersama tiga mata dari London bukan tugas mudah. 

“Ia bukan perlawanan yang mudah apabila berkunjung ke Stamford Bridge. Kami tidak pernah menewaskan mereka sejak 2002, iaitu sudah sedekad.“Dalam tempoh itu juga, Chelsea telah melakar kemasyhuran sejak tujuh tahun lalu, kami bersaing dengan mereka untuk merebut kejuaraan liga. 

“Saya harap kami dapat mempamer prestasi kami mantap seperti dalam perlawanan bertemu Arsenal.“Malah minggu lepas di Liverpool (saingan Piala FA), kami mempamer persembahan yang baik dan tewas kerana melakukan dua kesilapan teruk,” kata Ferguson. 

Bagi Chelsea, dengan ketiadaan Terry bermakna Gary Cahill akan membuat kemunculan pertamanya bersama Blues sejak perpindah dari Bolton, minggu lalu.

Frank Lampard pula dijangka memperkuatkan posisi tengah selepas sembuh dari kecederaan betis, namun Ramires dan John Obi Mikel masih cedera.

Ferguson bakal mendapat sentuhan penjaga gol kedua, Anders Lindegaard yang diketepikan enam minggu akibat cedera buku lali, namun David de Gea masih berdepan kecederaan yang sama.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...