18 Februari 2012

Andre Villas-Boas dipulaukan

Andre Villas-Boas mengakui dia tidak menikmati sokongan penuh daripada pasukannya menjelang pertemuan pusingan kelima Piala FA dengan Birmingham City, hari ini.Pengurus Chelsea itu menempuh musim pertama yang sukar di Stamford Bridge sejak menggantikan Carlo Ancelotti musim panas lalu dan kekalahan hujung minggu lalu di Everton mencetuskan laporan bahawa dia dipulaukan pasukan di bilik persalinan.


Pemilik kelab, Roman Abramovich menjadi pelawat tetap di padang latihan Blues, Cobham, mencetuskan desas-desus bahawa bilionair Rusia itu sekali lagi semakin tidak bersabar dengan keinginannya terhadap lebih banyak kejayaan.

Kekalahan kepada pasukan Liga Kejuaraan, Birmingham tidak akan menguatkan kedudukan Villas-Boas dan hanya akan menurunkan keyakinan menjelang pertemuan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu depan dengan Napoli.

Namun jurulatih itu yang sudah pun mengakui Chelsea hanya pemerhati dalam pemburuan gelaran Liga Perdana musim ini, menegaskan dia mengekalkan sokongan padu Abramovich biarpun jika bukan semua pemain berkongsi wawasannya demi perubahan bagi kelab itu.

"Mereka tidak menyokong projek saya. Hanya pemilik yang menyokong projek saya. Saya fikir pemilik percaya penuh kepada saya dan akan terus mara dengan idea yang kami ada.

"Pada akhirnya, ia merupakan matlamat membawa kami ke kedudukan terbaik dalam liga, termasuk dua piala ini yang kami buru."Ia akan menjadi amat bagus bagi kami jika kami menang menentang Birmingham untuk meletakkan kami ke suku akhir Piala FA.

"Namun kami perlu mara dengan gagah dalam liga dan menunjukkan kekuatan kami. Tempat ketiga sudah pun 10 mata di depan kami. Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara." -[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...