Andre Villas-Boas tidak mempedulikan desakan penyokong Chelsea sebaliknya menggesa pemain-pemainnya meningkatkan prestasi selepas peluang mereka mengukuhkan cengkaman dalam kelompok empat pasukan terbaik terjejas akibat kekalahan di tangan Everton.
Pengurus Chelsea itu dikecam hebat penyokong sendiri yang melaungkan “Anda tidak tahu apa yang anda lakukan” ketika tewas 0-2 di Goodison Park, kelmarin.
Keputusan itu menyaksikan kelab London itu kini merosot ke tangga kelima liga sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai masa depan Villas-Boas.
Chelsea menjuarai Liga Perdana tiga kali dalam tempoh tujuh tahun lalu. Namun dengan berbaki 13 perlawanan musim ini, mereka kini ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Manchester United pada musim pertama Villas-Boas di Stamford Bridge.
Kekalahan di Everton menyusul selepas aksi mengecewakan minggu lalu di laman sendiri menentang United apabila Chelsea diikat seri 3-3 meskipun mendahului 3-0.
Ketika ditanya selepas perlawanan mengenai kecaman penyokong Chelsea, Villas-Boas berkata: “Ia sebahagian daripada tugas.“Ketika ini kami menduduki tangga kelima liga dan ia tidak cukup buat kami.”[sumber]
ArulchelseA:Baik letak jawatan dari terus memburukan lagi keadaan..Jika hilang Piala FA itu jalan terakhir untuk menyelamatkan buruan Liga juara2..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan