Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berdepan satu ujian sukar dalam karier pada pertemuan kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli awal pagi esok.Selain misi peribadi untuk menyelamatkan kariernya, Villas-Boas turut berdepan ujian penting untuk menggembalikan semula kegemilangan skuad The Blues musim ini.
Pada perlawanan tersebut, tumpuan sudah pasti terarah kepada Villas- Boas di tepi padang selepas rakan se- jawatannya di Napoli, Walter Mazzarri menjalani penggantungan dan hanya dibenarkan memberi arahan dari tempat duduk penonton sahaja.
Selepas hanya mencatat dua keme- nangan daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana England, Chelsea perlu menewaskan Napoli bagi mengembalikan semula keyakinan pasukan itu selepas seri 1-1 dengan Birming- ham City di pusingan kelima Piala FA, Sabtu lalu.
Spekulasi pula bertiup kencang mengatakan Villas-Boas mungkin dipecat sekiranya tewas kepada Napoli.“Anda perlu kekuatan mental tambahan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Hanya kemenangan boleh membantu untuk keluar daripada saat buruk ini,” kata Villas-Boas.
Ditanya kenapa beliau fikir Chelsea boleh menang di San Paolo, Villas- Boas berkata: “Ini adalah bola sepak. Kadangkala ia boleh berlaku sebalik- nya kerana Napoli kuat dan kami juga kuat.”Bagaimanapun, Chelsea dijangka turun tanpa ketua pasukan, John Terry yang masih cedera.[sumber]
*ArulchelseA: Memang pusingan kalah mati..kalau kalah AVB kemungkinan mati
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan