Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) mengakui perlu menyusun semula pertahanannya apabila pemain pertahanan, John Terry dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh enam minggu bagi menjalani pembedahan lutut.
Tanpa Terry, pertahanan tengah Chelsea yang digantikan dengan David Luiz dan Gary Cahill perlu diperkemaskan untuk pusingan kedua ketika berdepan dengan Napoli selepas pasukan yang dikenali The Blues itu tumbang 3-1 awal pagi tadi di Naples.
Dalam perlawanan peringkat pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, Chelsea yang mendahului 1-0 diaibkan selepas pemain tengah, Raul Meireles melakukan kesilapan.
Gol kedua Napoli dijaringkan apabila pertahanan sayap kanan Chelsea, Bransilav Ivanovic gagal berada di posisinya sebelum Luiz melakukan kesilapan seterusnya untuk gol ketiga.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan