Kapten Chelsea, John Terry menjalani pembedahan ekoran kecederaan pada lutut kanannya dan bakal berehat untuk beberapa minggu.Pemain yang menjadi tulang belakang Chelsea bagi mengharungi Liga Perdana dan Liga Juara-juara itu tidak dapat beraksi sehingga lapan minggu akibat pembedahan itu.
Terry mengalami kecederaan tersebut selepas berlaga dengan dengan penjaga gol ketika persaingan Piala FA bulan lalu menentang Portsmouth di Stamford Bridge.
Pemain itu sempat ke Itali Selasa untuk menghadapi saingan kelompok 16 menentang Napoli tetapi dikeluarkan selepas dia merasai kesakitan ketika sesi latihan pada Isnin.
Kecederaan Terry juga memberi kesan kepada England yang sedang membuat persiapan bagi mengharungi Euro 2012 dan beliau terlepas peluang beraksi menentang Belanda pada aksi persahabatan di Wembley 29 Februari ini.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan