Bos Real Madrid, Jose Mourinho kelmarin menasihatkan penyokong Chelsea dan Inter Milan yang terkilan untuk memberi sokongan kepada jurulatih kelab masing-masing selepas mereka berteriak nama pengurus Portugis itu.
Penyokong Chelsea mahukan jurulatih yang dikenali sebagai “Special One” itu ketika kelab itu terikat 1-1 dalam saingan Piala FA menentang kelab bahagian dua, Birmingham City, awal pagi semalam selepas penyokong setia Inter melakukan perkara yang sama ketika kelab itu kecundang 0-3 di laman sendiri kepada Bologna pada Jumaat.
Kedua-dua keputusan itu menambahkan tekanan kepada pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dan rakan sejawatnya di Inter, Claudio Ranieri yang turut digantikan Mourinho di Stamford Bridge pada 2004.
“Mesej saya kepada peminat adalah saya sayangkan Chelsea dan Inter namun saya mengharapkan mereka memberikan sokongan kepada pasukan dan jurulatih masing-masing,” kata Mourinho pada sidang media selepas kemenangan 4-0 yang diraih Real ke atas Racing Santander dalam saingan La Liga di laman sendiri.
“Saya adalah masa lalu, kenangan lalu yang sangat bagus namun saya tidak lagi berada di sana dan mereka perlu bersatu dan bangkit bersama-sama.
” Mourinho membimbing Chelsea meraih gelaran Liga Perdana pada 2005 dan 2006. Selepas itu membimbing Inter meraih tiga kejuaraan yang tidak pernah berlaku apabila meraih gelaran Serie A, Piala Itali dan Liga Juara-Juara pada 2010.
Villas-Boas yang berkerja di bawah Mourinho di Chelsea dan Inter berdepan tekanan selepas kelab London itu berada di tempat kelima liga dengan hanya memenangi dua dalam 10 perlawanan terakhir liga.Ranieri berada dalam situasi sama apabila di tangga keenam Serie A selepas tiga kekalahan berturut-turut.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan