Andre Villas-Boas (AVB) terus mendapat sokongan daripada bekas kelabnya, Porto ketika spekulasi terhadap peluangnya kekal di Chelsea semakin hangat.Villas-Boas yang berikrar untuk memulihkan imej Chelsea mendapat sokongan Presiden Porto, Jorge Nunno Pinto da Costa yang memberi kata-kata semangat seperti ketika pengurus itu melatih Porto di Estadio do Dragao.
Vitor Pereira yang menjadi pembantu Villas-Boas di Porto melakar rekod baru apabila berjaya membimbing Porto menang liga buat kali keempat tahun lalu dan kini melakukan persiapan rapi menjelang perlawanan besar pusingan kedua Liga Europa menentang Manchester City.
Dalam sidang media menjelang pertemuan itu, Pereira mengulas nasib Villas-Boas yang didakwanya perlukan lebih masa untuk mengubah nasib kelab barunya itu.
“Andre seorang jurulatih berkualiti dan perlukan masa untuk membuktikannya,” kata Pereira.Kenyataan Pereira dibuat selepas laporan akhbar mengatakan ada beberapa pemain Chelsea hilang kepercayaan terhadap pengurus itu.
Ada dakwaan mengatakan pemain senior Chelsea cuba mempengaruhi pemilik Roman Abramovich dengan memberi isyarat kecemasan supaya pemilik kelab itu membawa masuk Guus Hiddink untuk menyelamatkan mereka musim ini seperti yang dilakukan tiga tahun lalu.
Begitupun Chelsea berulang kali menegaskan mereka akan mengekalkan Villas-Boas dan kedudukannya tidak terancam sambil ejen Hiddink pula mengatakan pelanggannya itu enggan mengulas mengenai kemungkinan kembali ke Stamford Bridge kecuali ada kekosongan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan