23 Oktober 2011

Villas-Boas akui sukar

Andre Villas-Boas percaya perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini adalah yang paling mencabar sejak beberapa tahun dan tugasnya kini lebih sukar daripada Jose Mourinho yang sebelum ini membantu kelab itu menjulang gelaran berganda.Anak buah Villas-Boas akan menentang QPR di Loftus Road, malam ini sebaik berakhir pertembungan di antara pendahulu liga, Manchester City menentang Manchester United yang menduduki tangga kedua.


Jika City menang dalam pertembungan dua kelab Manchester itu, Chelsea pastinya sedar bahawa kekalahan akan menyebabkan mereka ketinggalan enam mata. Begitupun, jika United menang, mereka hanya satu mata menghampiri puncak liga dengan kemenangan ke atas skuad QPR bimbingan Neil Warnock.Begitupun, pengurus Chelsea itu menegaskan pertarungan itu bukan sekadar pertarungan tiga penjuru dan mendakwa pemenang perlawanan itu akan berdepan cabaran paling getir sejak beberapa tahun untuk menjulang gelaran itu.

“Saya tidak pernah melihat Liga Perdana sesengit ini, begitu banyak pasukan hebat,” katanya.Chelsea meraih gelaran berganda ketika di bawah kendalian Mourinho pada 2005 dan 2006 dan satu lagi trofi bersama Carlo Ancelotti pada 2010.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan kempen sebelum ini pengurus kelab itu berkata ia jauh lebih kompetitif “Ketika menang gelaran kedua Liga Perdana Inggeris, kami menang sembilan perlawanan pertama musim itu tetapi ketika ini lebih banyak pasukan kelihatan berupaya merebut gelaran liga,” katanya.

Villas-Boas bagaimanapun menerima kehebatan yang ditunjukkan dua kelab United itu dan ia bermakna Chelsea tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika mahu mengambil kesempatan jika satu daripada dua kelab itu mula kehilangan mata. -[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Xyz berkata...

hensemnyerrrrrrrrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...