31 Oktober 2011

Villas-Boas pertahan Terry

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan aksi anak-anak buahnya meskipun tewas 3-5 kepada Arsenal di Old Trafford pada kempen Liga Perdana England kelmarin.Dalam perlawanan itu, benteng Chelsea, terutamanya kapten, John Terry (gambar) dilihat sering membuat kesilapan mudah, lebih-lebih lagi ketika tergelincir semasa cuba menghalang gol keempat Robin van Persie.

Namun, VillasBoas yakin Terry yang sedang disiasat oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England gara-gara didakwa melemparkan kata-kata berbaur perkauman sebelum ini, tidak terjejas dengan insiden di luar padang itu.

"Bagi saya, kekalahan kami bukan berpunca daripada kerapuhan benteng pertahanan."Ia satu perjudian, terutamanya ketika anda cuba melakukan sesuatu dan menyerang habis-habisan ketika perlawanan cuma berbaki tiga minit."Benteng pertahanan kami mempunyai tiga pemain yang terbaik dalam liga, jadi saya rasa ia adalah satu tuduhan yang tidak munasabah jika mahu menyalahkan benteng dalam kekalahan ini," katanya.

Villas-Boas yang enggan menyalahkan Terry berkata: "Kami melakukan kesilapan dan kami berazam untuk memperbaiki kelemahan itu menjelang perlawanan menentang Blackburn nanti."Tidak ada sebab untuk menyalahkan Terry, kami kalah sebagai satu pasukan, itu sahaja."Sebelum menentang Blackburn, Chelsea akan diuji Genk dalam aksi Liga Juara-Juara minggu ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...