21 Oktober 2011

Villas-Boas:Torres kembali raih keyakinan

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas optimis Fernando Torres kembali meraih keyakinan diri selepas penyerang Sepanyol itu meledak dua gol ketika mereka membelasah Genk 5-0, awal pagi semalam.Torres melalui 875 minit aksi tanpa sebarang jaringan dalam Liga Juara-Juara, rekod buruk yang dicatat sejak April 2009 apabila dia menjaringkan gol buat Liverpool ketika menentang Chelsea.
Dia akhirnya menemui penyudah berbisa dengan dua gol sekali gus memalukan juara Belgium di Stamford Bridge.Kini Torres yang dibeli dengan harga 50 juta (RM246.7 juta) sudah menjaringkan empat gol dalam empat penampilan terakhir dan Villas-Boas yakin pemain itu sudah menemui detik terbaik seperti ketika bersama Liverpool.

“Amat penting untuk seseorang pemain berasa yakin dan dia nampaknya yakin dengan kebolehan yang ada padanya,” kata Villas-Boas.“Saya tidak pernah mempersoalkannya kerana dia sentiasa berada di puncak prestasi.” Torres tidak dapat beraksi bersama Chelsea dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana akibat penggantungan selepas menerima kad merah ketika menentang Swansea dan Blues menjaringkan lapan gol tanpa kehadirannya.

Dia juga akan diketepikan pada aksi menentang QPR Ahad ini kerana penggantungan, jadi Villas-Boas tidak kisah kerana yakin semua pemainnya ada kualiti untuk menjaringkan gol, asalkan Blues memenangi perlawanan.“Ia berkaitan dengan persembahan pasukan. Sasaran kami adalah berusaha melakukannya walau dengan apa cara sekalipun,” kata Villas-Boas[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...