30 Oktober 2011

Ferdinand bengang dengan Chelsea

Pertahanan Queen Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dilaporkan meradang dengan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.Ferdinand dan rakan-rakan di QPR dikatakan berang dengan tindakan Villas-Boas yang melindungi ketua pasukan Chelsea itu yang dikaitkan dengan isu perkauman ketika The Blues tewas kepada QPR sebelum Persatuan Bola Sepak England (FA) dan siasatan polis membuat kesimpulan.

Kelmarin, Villas-Boas telah mengisytiharkan bahawa 'tiada apa yang berlaku' dan 'salah faham yang besar' dan isu perkauman itu hanyalah sekadar spekulasi sahaja.Pengendali yang berasal dari Portugal itu turut menegaskan England sepatutnya berbangga memiliki John Terry sebagai ketua pasukan Three Lions.

Kini, Ferdinand sedang berfikir untuk meletakkan satu kenyataan awal pada minggu hadapan di mana meletakkan kes umum mengenai isu perkauman yang dikeluarkan oleh Terry di Loftus Road pada Ahad lalu.
Ferdinand telah bersemuka dengan pihak FA selama dua jam kelmarin, mengenai isu perkauman tersebut dan akan mengemukakan surat bertulis pada Isnin ini di mana Terry juga telah disoal siasat oleh pihak FA dalam masa yang sama.

Satu sumber berkata: "Anton dan orang-orang yang rapat dengan beliau tidak boleh mempercayai Chelsea untuk terus melindungi Terry secara awam apabila mereka telah tidak menjalankan penyiasatan yang betul seperti bercakap kepada sesiapa sahaja di QPR."Sekarang mereka mahu mengeluarkan kenyataan mereka sendiri selepas hujung minggu lalu."Terry, yang menghadapi Arsenal hari ini, menafikan membuat komen perkauman semasa kekalahan 1-0 kelab itu di QPR.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, Terry pasti akan dikenakan dengan hukuman berat sekiranya bintang Chelsea itu didapati bersalah.Wenger berkata: "Jika John Terry didapati bersalah, dia harus dihukum. "Saya sentiasa berkata, membangkitkan isu perkauman adalah satu perkara yang kurang bijak. Tetapi, saya percaya bahawa di England, isu perkauman dapat dikawal dan berfungsi dengan baik dan sukan yang telah banyak melakukan pendedahan terhadap isu perkauman dan akan berterusan, mudah-mudahan," ujarnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...