15 Oktober 2011

Sturridge fokus aksi domestik

PENYERANG Chelsea, Daniel Sturridge berkata, dirinya hanya memberi tumpuan terhadap saingan liga domestik, berbanding memikirkan beraksi untuk pasu-kan kebangsaan England. Nama Sturridge menjadi perhatian sebagai penyerang England selepas Wayne Rooney bakal dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan oleh Uefa akibat menrima kad merah pada aksi Kelayakan Eropah menentang Montenegro, baru-baru ini.
“Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada pasu-kan Chelsea berbanding tugasan negara. Namun, jika diberi peluang saya menerimanya walaupun beban saya akan bertambah selepas ini. “Saya juga perlu membuktikan kecemerlangan dalam saingan liga domestik sebelum layak mewakili skuad kebangsaan,” katanya. Ketika ini, Sturridge bermain untuk pasukan kebangsaan England bawah 21 tahun.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...