Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel mengubah pendirian dan tidak  akan membayar denda AS$5,000 (RM15,800) yang dikenakan terhadapnya  kerana lewat melaporkan diri menyertai kem latihan Nigeria minggu ini.Terdahulu Mikel mengatakan dia sudah melupakan insiden itu dan fokus  untuk perlawanan penting Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang  Guinea selain menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan  tidak akan membayar denda itu.
 
Pemain tengah itu sepatutnya  menyertai skuad latihan 22 pemain pada malam Selasa sebaliknya tiba di  hotel pasukan pada pagi Rabu.“Tidak, saya tidak akan membayar denda kerana tidak melakukan  sebarang kesalahan. Saya sudah melaporkan diri di kem latihan dan  mempunyai alasan kukuh,” kata bintang yang berpangkalan di England itu.
“Jika  pengurus pasukan (Samson Siasia) memberitahu rakyat Nigeria alasan  saya, semuanya pasti faham.” Mikel dipercayai berkunjung ke pusat bandar  Jos untuk melawat bapanya yang sebelum ini dibebaskan polis selepas  diculik
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan