Andre Villas-Boas kini telah menemui jawapan kepada persoalan kepincangan reputasi beliau yang sebelum ini agak baik semasa berkhidmat di FC Porto.
Malangnya, reputasi beliau mula dipersoal selepas kegagalan meletakkan kemenangan buat kelab Chelsea dalam perlawanan menentang Liverpool November lalu.
Kemelut itu berlarutan sehingga prestasi persaingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu.Pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich pada mulanya agak ragu dengan kemampuan Villas-Boas. Namun terpaksa mengambil keputusan untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi melantiknya sebagai pengurus kelab menggantikan Carlo Ancelotti.
Villas-Boas yang kini berdepan dengan siasatan menyatakan bahawa dia tidak menerima bayaran seperti yang ditetapkan.
"Pemilik kelab tidak membayar 15 juta euro (RM60 juta) untuk mengeluarkan saya dari Kelab Porto," kata Villas-Boas.
Dalam perlawanan November lalu, Villas-Boas telah menunjukkan kelemahan dalam mengurus pasukan tersebut. Beliau juga telah melakukan beberapa kesalahan kecil sepanjang tempoh perkhidmatannya.Kedudukan dan carta pasukan Chelsea kini mula menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Villas-Boas telah gagal untuk membangunkan pasukan itu.
Villas-Boas dilucutkan jawatan sebagai pengurus pasukan Chelsea dan jawatannya kini diisi oleh penolongnya Roberto Di Matteo.
Matteo akan menggantikan tempat Villas-Boas sehingga musim semasa berakhir.Sementara itu, pelantikan Matteo dianggap sebagai satu cubaan menyelamatkan pasukan tersebut dari terus berada di tangga bawah dalam persaingan Liga Perdana.
Sebelum Matteo dilantik memegang jawatan sebagai pengurus, terdapat desas-desus mengatakan pemain tengah yang menjadi tokoh penting kejayaan Chelsea, Frank Lampard bakal menguruskan kelab tersebut.Menurut Ancelotti, pelantikan ini dibuat kerana dia percaya Matteo tahu apa yang diperlukan oleh mereka dalam usaha meraih kemenangan.
"Saya masih yakin dengan pemain saya, mereka masih boleh bermain dengan baik."Pemain seperti Petr Cech, Didier Drogba dan Ashley Cole merupakan antara pemain terbaik yang kami ada sejak mereka memulakan kareer di sini," katanya.
Keputusan pemecatan Villas-Boas dikatakan telah diadili oleh semua pihak bersekutu dan keputusan itu dicapai atas persetujuan bersama.
Ancelotti menambah, beliau suka dengan keyakinan diri yang ditunjukkan Villas-Boas namun atas faktor tugas di dalam dan luar bidang kelab, bekas pengurus itu semakin kurang memberikan tumpuan kemenangan ke atas pasukan.
Dan walaupun Villas-Boas seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang bola sepak, Abramovich telah membuktikan beliau tidak akan teragak-agak untuk memecat sesiapa jua yang mempunyai reputasi boleh menghancurkan masa depan kelab.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan