Kapten Chelsea, John Terry mengaku dia dan rakan sepasukan patut dipersalahkan berikutan pemecatan Andre Villas-Boas selepas tidak sampai lapan bulan mengemudi kelab itu.
Jurulatih dari Portugal itu menjadi pengurus terkini Chelsea yang dipecat pemilik kelab, Roman Abramovich selepas rentetan keputusan hambar menyaksikan kelab itu gagal berada dalam kelompok empat teratas dan hampir tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.
Penyingkiran Villas-Boas dilakukan selepas dakwaan wujud ketegangan di bilik persalinan dengan pemain senior Chelsea secara terbuka mempersoal taktik dan pemilihan senarai pemain kesebelasan utama.Namun Terry mengaku prestasi buruk pemain Chelsea adalah punca kekalahan pasukan.
“Sedih buat Andre kerana malangnya beliau terpaksa menanggung semua kesalahan seorang diri. Semua pemain sepatutnya perlu sama-sama mengaku kesilapan.
“Beliau mempunyai pemikiran luas tapi malangnya terpaksa meninggalkan kelab ini,” kata Terry.Terry yang baru pulih daripada kecederaan lutut dan kembali ke bangku pemain simpanan Selasa lalu pada kempen Piala FA yang menyaksikan Chelsea menewaskan Birmingham, 2-0 menghadiahkan kemenangan itu kepada Roberto Di Matteo, Eddie Newton dan Villas-Boas.[sumber]
2 Pengulas Sukan:
AVB menjadi kambing hitam atas hambarnya keputusan Chelsea skg niee..
AVB menjadi kambing hitam atas hambarnya keputusan Chelsea skg niee..
Catat Ulasan