Pemain pertahanan Chelsea, John Terry berharap kembali beraksi sebulan lagi selepas menjalani pembedahan lutut.
Pemain berusia 31 tahun itu pada mulanya dijangka akan diketepikan selama lapan minggu selepas masalah kecederaan lutut dialaminya sejak Januari lalu tidak sembuh sepenuhnya.
Bagaimanapun, Terry berkata, pembedahan menyelesaikan masalah itu berjalan lancar dan yakin kembali bersama Chelsea untuk menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris.
“Pembedahan berjalan lancar dan saya rasa amat baik,” katanya.“Pakar bedah memotong sedikit tulang lutut kanan yang sebelum ini amat menyakitkan saya.
“Kami yakin pembedahan ini menyelesaikan masalah dan mungkin saya akan kembali lebih cepat.
“Kakitangan perubatan menyatakan saya memerlukan masa selama empat hingga enam minggu sebelum kembali bermain. Namun, saya harap dapat beraksi lebih cepat.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan